Menyimpan duit memerlukan kita untuk komited dan fokus. Namun sebenarnya banyak cara mudah yang boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan berterusan, pasti anda akan segera dapat melihat kebaikan dan hasil peningkatan jumlah simpanan dalam jangka masa singkat setelah mengikut secara konsisten tips mudah seperti dikongsikan ini.
1. KURANGKAN MAKAN DI LUAR
Makanan adalah sumber keperluan untuk terus hidup namun anda boleh berjimat dengan memilih untuk memasak sendiri ataupun makan di rumah. Kos harga makanan yang semakin meningkat menyebabkan menu makanan dijual semakin mahal, jadi dengan membeli barang keperluan memasak dan memasak sendiri boleh membantu anda mengawal pebelanjaan makan di luar.
Bandingkan jumlah yang ada belanjakan dan simpan apabila anda memulakan langkah ini.
2. MENYENARAIKAN APA YANG INGIN DIBELI
Sebelum anda pergi ke sesuatu tempat seperti pusat membeli belah, kedai peralatan atau perkakasan mahupun kedai barang am. Pastikan anda menyenaraikan di rumah terlebih dahulu apa yang ingin dibeli supaya ia dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang tidak perlu dan anda juga boleh melakukan bajet terlebih dahulu.
3. HADKAN AKTIVITI MEMBELI BELAH DALAM TALIAN
Teknologi dan aplikasi pintar serta pelbagai platform membeli belah secara dalam talian boleh menjadikan anda teruja dan berasa perlu membelinya dalam kadar segera. Hadkan perbelanjaan ini kepada membeli barang yang merupakan keinginan kepada 1 ke 2 barang sahaja, sebulan sekali disamping menganggarkan wang yang ingin dibelanjakan terlebih dahulu. Jika sesuatu yang diinginkan adalah mahal dan akan memberi kesan kepada belanja bulanan pastikan anda berusaha untuk mengumpul wang terlebih dahulu dan membelinya kemudian.
4. BUAT PERBANDINGAN HARGA DAN MANFAATKAN HARGA PROMOSI
Sebelum membeli sesuatu produk misalnya anda digalakkan melakukan perbandingan harga, belilah di kedai yang menjual barang tersebut pada harga lebih murah dan berbaloi. Dan dengan aplikasi dalam talian terkini anda boleh cuba untuk mencari maklumat promosi yang sedang berlangsung dan boleh membuat keputusan lebih awal sebelum membeli-belah serta dapat membeli barang pada harga promosi.
5. BELAJAR MENGATAKAN TIDAK
Kadangkala apabila keluar bersama rakan, kemungkinan rakan anda akan mengajak anda makan di tempat mewah atau merancang percutian yang ingin dilakukan bersama. Jangan segan untuk mengatakan anda kekurangan wang dan ingin menyimpan. Terangkan tempoh berapa lama yang anda perlukan bagi menyimpan wang untuk sebarang rancangan percutian supaya kelak anda tidak akan meminjam wang daripada sesiapa dan menambahkan beban kewangan anda.
Praktikkan tips-tips tersebut untuk membantu anda berhemat tanpa perlu menyekat perbelanjaan sepenuhnya.